Followers

Wednesday, May 22, 2013

::Tahap Kesedaran Sivik Orang Kita::

Ada sekali saya ke Giant bersama Macho Man sekeluarga.  Lokasi biasa untuk bersantai sambil memenatkan kaki.  Boleh juga anak-anak bebas berlari di kawasan permainan.
 
Nak dapat tempat letak kereta bergantung pada waktu, tapi kebiasaannya tak adalah susah sangat.  Jarang sekali kami parking di kawasan tidak berbumbung.
 
Tapi itulah, kecewa sangat dengan orang kita.  Suka ambil mudah dalam banyak hal tanpa memikirkan orang lain.  
 
Satu di antaranya membiarkan troli merata-rata.  Isu troli ni rasanya pernah jadi Public Service Announcement (PSA) dalam radio.  Malukan, sampai perkara simple begini harus diberi peringatan berulangkali.
 
Ambillah inisiatif bila pihak pasaraya sediakan kemudahan, apa salahnya susahkan diri sedikit dengan meletakkan kembali troli ke kawasan khas.
 
Memanglah ada pekerja ditugaskan mengutip semua troli tapi tak salahkan kita buat sedemikain?  Kita yang pakai, adalah rasa tanggungjawab sedikit.  Lagi pun dengan sikap pentingkan diri kelak menyusahkan individu lain.
 
Yalah, bila troli diletakkan merata-rata nak masuk parking pun susah.  Terpaksalah kita keluar dan alihkan troli ke tempat tidak menganggu.  
 
Tengok gambar di bawah, sikap tidak acuh orang kita.  Buatnya ada orang lain terlanggar troli tersebut tak pasal kenderaan lain dapat tempias.  Dah bercalar!  
 
Bayangkan kita ditempat mereka?  Tak ke mendidih suhu badan?  Bukan jauh mana pun nak letak semula troli tersebut.  Pelu pun tak sempat keluar.  
 
 
Masih lagi isu troli, tapi ini lagi menyedihkan.  Cuba tengok betul-betul apa ada dalam troli tersebut?  Nampak tak?  Kalau tak nampak saya tunjuk gambar dekat sikit.  Gigih tau ambil gambar troli terbiar..hehehe..


Hello!  Ini troli bukannya tong sampah!  Dah miskin dengan tong sampah ke Giant sampai biarkan sahaja.  
 
Orang tu ingat, dia bayar gaji Bangla tu tiap-tiap bulan ke sampai sanggup berkelakuan sedemikian.  Memang geram saya membuku hari tu.  Tak faham betul pe'el rakyat Malaysia!

Bila orang gelar orang kita "Malasia" marah pula.  Habis tu kalau macam ni gayanya tak ke pemalas tahap Power Rangers?

Semakin saya fokus dekat, bertambah laju urut dada.  Sebabnya...tengok gambar di bawah!


Sebelah polystyrine tu pampers budak yang berisi najis.  Ya Allah!! Teruknya perangai manusia tersebut.  Kalau ada depan mata memang saya campak pampers tersebut ke muka dia.
 
Bukankah itu najis anak sendiri?  Kenapa dibiarkan sebegitu rupa sambil mengharapkan orang lain angkat dan buang ke tempat sepatutnya.  Manalah kesedaran sivik orang itu?
 
Jangan esok kalau ada orang buang najis depan rumah mulut riuh maki hamun.  Setiap perbuatan akan dapat balasan, ingat ya! 
 
Menggeleng-geleng kepala kami semua dengan tindak-tanduk manusia yang tahap pemikirannya tinggi sikit dari haiwan.  Eh, ye ke?  Binatang pun tahu sorok hasil buangan dia tau!  Rendah lagilah kot!

Dah satu kerja pula pekerja Giant nak angkat najis anak orang tu dan masukkan ke tempat sepatutunya.  Betul-betul ambil kesempatan.  

Kalau rasa malas nak berjalan ke tong sampah, simpanlah dulu.  Sampai rumah buang dalam tong sendiri.  Ini bukan cara sewajarnya!
 
Mungkin entri saya ini agak negetif gaya pertuturan tapi saya rasa sangat patut menyelar orang yang sikap pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab.  
 
Banyak sebenarnya sikap tak baik rakyat kita.  Semua ambil mudah tapi bila orang tegur cepat melenting.  Sorry to say, our people's discipline totally zero.  
 
Sudah sampai masanya kita mengajar kembali subjek kesedaran sivik di peringkat sekolah.  Yalah, kalau ibu bapa tidak mampu nak jadi teladan paling tidak anak-anak dapat ilmu tersebut di sekolah.
 
Kita tidak mahulah seperti ketam mengajar anak.  Nanti itu yang akan diwariskan pada keturunan akan datang.
 
Again, saya pun taklah baik mana.  Ada masa terlanjur juga tapi seboleh mungkin saya mengelak berkelakuan seperti gambar-gambar di atas.  Malu pada diri sendiri.
 
Fikir-fikirkanlah ya....
 
 
 
nota:  hilang kata-kata...
 
 

Tuesday, May 21, 2013

::Nice Quotes::

Received these quotes through email, love to share here.  Whoever that created this I would like to say thank you cause it really made my day.  Hope it will ease whatever burden that you holding on and move forward for a better life!
 

Death asked Life :
Why does everyone love you and hate me?
Life replied :
Because I am a beautiful Lie and you are painful Truth

A Lovely Logic for a beautiful Life
Never try to maintain relations in your life
Just try to maintain life in your relations


3 stages of Life:
Teen Age – Has time & energy – But no Money
Working Age – Has Money & Energy – But No Time
Old Age – Has Money & Time – But No Energy


We are very good Lawyers for our mistakes; and very good Judges for others` mistakes


World always say – Find good people and leave bad ones.
But I say, Find the good in people and ignore the bad in them


Because No one is born perfect
A fantastic sentence written on every Japanese bus stop.
Only buses will stop here – Not your time
So Keep walking towards your goal


Negative Thinkers focus on Problems
Positive thinkers focus on Solutions


Never hold your head high with pride or ego.

Even the winner of a gold medal gets his/her medal only when he bows his head down


Define TODAY
This is an 
Opportunity to 
Do 
A work better than 
Yesterday

African Saying:
If you want to walk quick, walk alone
If you want to walk far, walk together

 
Confident Quote:
I have not failed.  My success is just postponed.

Entire water in the ocean can never sink a ship unless it gets inside.
All the pressures of life can never hurt you unless you let it in.
 


note:  smile and cheer up! 

::Dah Tempah Baju?::

Hari ni nak cerita pasal apa ya?  Ini yang susah bila tak bergambar, blur nak cari intipati entri tapi tangan gatal nak menekan papan kekunci.  Jadi, kita main tekan ikut kata hati!
 
Rakan-rakan semua dah tempah baju raya?  Baru balik dari rumah my auntie, she's tailor.  GM hantar kain tapi bukan untuk dipakai pada hari lebaran.
 
Sekali tengok kain punya banyak berlonggok di rumah dia.  Ingatkan semua tu untuk tempahan raya tapi rupanya bukan.  
 
Dahsyat betul!  Ada lebih kurang 50 pasang semuanya dan harus siap dalam tempoh 1-2 minggu akan datang.  Cuti sekolah banyak kenduri kahwin itu yang customer dia hantar baju untuk melaram.
 
I asked my auntie, dah tutup ke tempahan raya.  Guess what?  Last month lagi dah tutup, hanya buka pada most regular customer dan juga saudara terdekat.  Itu pun terhad, tak boleh hantar banyak.
 
Nasib baik dah hantar sehelai kain untuk pakai di pagi raya.  Jadilah, dari tak ada langsung.  Itu pun kain biasa, Ninie beli di Bandung.  Beli yang mahal-mahal pun ke mana saja nak melaram nanti?
 
Mungkin upah jahit makcik saya ini murah itu yang melimpah ruah orang hantar.  Rezeki dia sebagai suri rumah sepenuh masa.  Ada duit menjahit boleh juga bantu suami tampung perbelanjaan keluarga.
 
Dulu saya tempah juga di butik tapi makin hari makin tinggi harga upah kenalah fikir balik.  Kadang-kadang harga upah lebih mahal dari harga kain macam tak berbaloi pula.
 
Bila fikir semula, apa perlu hantar pada orang luar sedangkan saudara sendiri ada?  Apa salahnya kita saling membantu, lainlah baju saya tu memerlukan seseorang yang betul-betul pakar dalam bidang jahitan.  
 
Kagum sebenarnya dengan mereka di luar sana berkhidmat sebagai tukang jahit.  Selain ketekunan, ketelitian juga perlu.  
 
Orang hantar pelbagai jenis kain dari murah hinggalah ke mahal mesti mereka mahukan yang terbaik.  Buatnya cuai, kain rosak tak pasal kena menjawab dan ganti kain orang.  
 
Bukan setakat itu sahaja, update latest fashion pun perlu.  Customer datang minta macam-macam gaya.  Takkan nak sentiasa blur!
 
Lagi satu mereka yang gigih ambil tempahan jahit manik.  Itu pun saya kagum juga.  Mana taknya, nak perah otak bagi mencorak manik supaya cantik disamping memadankan kombinasi warna.
 
Dahlah manik-manik tu semua sebesar semut.  Lepas tu jahit rapat-rapat.  Huh, kalau saya sebaris manik pun belum tentu berjaya.  Ada yang akhirnya simpan bawah katil.  
 
Masing-masing punya minat tersendiri, juga ketekunan.  Apa pun, semua itu rezeki halal.  Kita yang tak pandai dan tak gigih nak jahit sendiri beri sahaja peluang pendapatan buat mereka.
 
Kalau ada rezeki ingat nak tambah 2-3 helai lagi.  Sejak akhir-akhir ni bila pergi kenduri kahwin asyik ulang tayang baju sama dari 5 tahun lepas.
 
Mungkin dah tiba masa tambah sikit-sikit tapi tak adalah sampai tahap membazir.  Dah berumur, bila kenduri kena sarung baju kurung.  
 
Dulu bolehlah pakat redah baju labuh dengan seluar panjang.  Sekarang ni janggal dibuatnya.  Rasa macam semua orang memerhati.  
 
Tertarik juga bila melihat orang pakai jubah.  Jubah sekarang bukan macam dulu.  Macam-macam fesyen dan warna ditawarkan.  Cantik-cantik semuanya tapi nama pun cantikkan harga pun sendiri-sendiri fahamlah.
 
Shall stop here.  Nanti sambung lagi, idea tiba-tiba kontang.  Panas sangat di luar itu yang terjejas aliran idea di minda.  Eh ada kena-mengena ke?  hehehe....
 
 
 
 
nota:  hati manusia susah untuk dijaga...
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, May 20, 2013

::Alhamdulillah Dengan Rezeki::

Kalau dulu, nak keluar berlibur atau nak release tension senang sahaja.  Bukanlah hebat mana pun setakat keluar makan, tengok wayang itu sahaja antara aktiviti digemari.  

Bila ekonomi meleset ada perkara harus diabaikan.  Takkan semata-mata mencari keseronokkan harus bazir berterusan.  Nafsu duniawi harus ditahan!

Tapi itulah, dalam keadaan sedemikian pandai pula cari ruang peluang.  Rajin juga join contest nak dapat tiket-tiket percuma.  

Kebanyakkan yang saya turut serta semuanya kalau Abang minat.  Kalau dia tak minat malas juga sebabnya nanti siapa nak temankan.

Mungkin juga rezeki dia yang tak pernah berkira dengan saya selama ini.  Setiapa apa yang saya turut serta tak pernah mengecewakan.  

Kalau filem wayang saya banyak turut serta melalui laman web Nuffnang tapi ada juga saya cuba dari laman web lain macam Murai.com dan banyaklah lagi.

Hari tu dapat tengok filem Lari ihsan dari Murai.com tapi tak buat review apa pun dalam blog, tak sempat :(  

Ada juga yang gagal tapi yalah, takkan lepas kita, kita balik nak dapat.  Orang lain pun ada rezeki mereka juga.

Macam hari tu dapat tiket Konsert Wings.  Saya masuk contest memang untuk Abang dan Alhamdulillah dapat tonton percuma.

Baru-baru ni pun dapat lagi peluang menonton pula filem Bikers Kental.  Ini saya join melalui laman sesawang GSC.  Alhamdulillah menang!  Ialah sejak awal promo Abang asyiklah sibuk nak tonton.

Dah dapat peluang secara percuma, apa lagi.  Senyum sampai ke telingalah saya.  Dari Nuffnang yang terbaru pun dapat juga, filem Fast & Furious 6.  Golongan lelaki mana tak suka tonton filem aksi sebegitu.

Kan dah dapat jimat banyak.  Biarlah orang nak kata saya cheapskate ke, apa ke yang penting mereka tak lalui apa yang saya rasa lagi pun ini semua pun berkaitan dengan rezeki.

Kalau Allah dah tentukan tiada rezeki buat macamana pun tetap tak dapat dan kita kenalah redha.

So, esok dan lusa hari menonton wayang.  Mujur semuanya dekat dengan rumah.  Kalau jauh kena fikir juga, nanti dek terkejar sangat rugi lain perkara pula!  

 


nota:  Alhamdulillah....

::Jangan Mudah Menghukum::

Hidup di dunia ada pasang surutnya.  Hari ini kita di atas, esok lusa belum tentu lagi.  Semua orang pun akan melalui perkara sedemikian.  
 
Apa yang membezakan bagaimana kita melalui dan mengatasi situasi tersebut.  Bila di atas jangan lupa rumput di bumi dan bila di bawah, jangan terlalu impi memetik bulan dan bintang.  
 
Itu yang saya sering tanam dalam diri sebagai satu peringatan supaya saya tidak sombong dan bongkak juga tidak mudah mengalah atas desakan kehidupan.
 
Sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan saya di atas atau di bawah.  Kan itu semua putaran hidup, cuma tak tahu bila kita akan berada dikedudukan tersebut.
 
Tapi saya kurang gemarlah sikap sesetengah manusia yang suka mencemuh.  Mencemuh orang lain tak kira tempat.
 
Bila orang lain di atas, dinista dengan kata-kata kurang enak.  Cepat doakan orang itu jatuhlah, orang itu lupa dirilah, bongkaklah dan sebagainya.
 
Pabila orang tersebut mula bergerak ke fasa lain, sudah dipadankan orang itu pula.  Padan mukalah, itu semua balasan orang berdosalah, ambil bahagian sekaranglah dan macam-macam lagi.
 
Pernah tak mereka terfikir siapa kita manusia di dunia ini untuk menghukum orang lain?  Adakah kita tahu semua perancangan Yang Maha Esa?  
 
Sungguh asyik melontar kata buat orang lain, nasib sendiri macamana pula?  Tak terfikir yang kita juga boleh jadi seperti mereka satu hari nanti?
 
Bukanlah saya mahu tunjuk baik cuma rasa kurang senang dengan sikap manusia.  Kalau dah tak gemar dengan seseorang, ada sahaja pandangan negetif dilempar.  
 
Apa salahnya doa sahaja yang terbaik tak kira orang itu berada di atas mahupun di bawah.  Kita ni kalau sentiasa doakan orang lain, orang lain pun bermurah hati mendoakan kesejahteraan kita.  
 
Hidup di dunia selain dari usaha dan kerja keras doa turut main peranan.  Kalau berat hati nak doakan pun ambil langkah mudah dengan IGNORANCE apa orang buat.  

Bukan beerti kita tidak boleh ambil tahu langsung orang lain cuma ada hadnya.  Ambil tahu sekadar mana perlu, nasihat mana perlu.  
 
Tapi yang paling penting kita pegang amanah dengan tidak menjaja cerita orang lain ke pihak satu lagi dan kemudian henti rasa sakit hati tak tentu pasal.

Jika benar dia berjaya dan bongkak biarkan sahaja.  Pernahkah kita tahu betapa dia berusaha untuk meraih kedudukan sedemikian?  Ada kita ambil tahu dahulu dia susah dengan kehidupan sehingga dia bertekad untuk berada di tangga teratas?

Tatkala jatuh menjunam, perlu  ke kita turut sama menambah penderitaan dengan kata nista?  Cakap itu balasan Allah, pernah tanya pada diri agaknya apa pula balasan Allah pada kita?
 
Saya pun adalah juga kadang-kadang terlepas laku bila melihat keadaan tertentu individu lain tapi dengan segera ingatkan diri supaya tidak melampaui batas.
 
Bimbang Allah kembalikan hazab tersebut buat saya atas keterlanjuran berkata-kata.  Setiap hari saya cakap pada diri sendiri supaya berubah ke arah kebaikkan secara perlahan-lahan.
 
Mana ada manusia tak melakukan kesilapan tapi kita boleh sedar dan segera menjadikan kesilapan sebagai satu tauladan dan pedoman.  
 
Tiba-tiba entri beremosi mengambil tempat pulakan?  Entah, tadi secara spontan saya berang bila ada rakan A menelefon saya mengatakan rakan B sedang mendapat bahagian di atas kesombongannya satu waktu dahulu.
 
Dalam keadaan mamai dan separuh sedar dek penangan ubat, saya terus matikan talian telefon sehingga terbawa dalam mimpi sehingga marahkan rakan A macam kena rasuk.  Dahsyat kesan khas! hahaha...
 
Buat dia, maaflah ya.  Tak maksud nak bertindak kurang sopan tapi barangkali usia sudah semakin tua dan saya sudah tidak berminat lagi dengan perkara-perkara sedemikian :( 

Ingatlah jangan pernah menghukum kerana setiap manusia melalui kehidupan yang penuh rahsia.  Bila kita menghukum secara tak langsung kita mempertikai kerja Allah SWT!




nota:  masih pening-pening lalat....


 
 

::Berada Di Awangan::

Ingatkah hari ini dapatlah melaksanakan puasa, rupanya gagal.  Penangan ubat diambil malam tadi sangat kuat sampai ke tengahari kesannya.  Rasa macam hidup di alam fantasi.  Melayang-layang kepala dan badan.
 
Masalahnya selsema tak baik pula secara total.  Masih ada saki-baki, malah boleh bertambah teruk jika tidak ambil langkah-langhak pemulihan.  
 
Cuma tak nampak tanda-tanda demam atau sakit tekak.  Alhamdulillah, kalau bersangkut paut susah juga nanti.  Banyak kerja bakal tergendala.
 
Sedang berkira-kira mahu melelap mata barang seketika, moga-moga bila buka mata kesan ubat akan surut sedikit.  
 
Tapi itulah, ini sedang ralit membaca akhbar alternatif secara talian.  Banyak lagi tak baca, seronok pula isi-isi bacaan.  Sayang nak tinggal sebentar.  
 
Akhbar-akhbar bukan pro-Kerajaan ini harus dibaca supaya kita tidak buat penilaian berasaskan huraian sebelah pihak sahaja.  Dua-dua pun kena ambil tahu!
 
Hmm..nanti-nanti saya sambung lagi.  Sememangnya saya butuhkan rehat buat seketika.  Dah tak mampu nak bawa badan, macam orang lalok pun ada.  
 
Sebelum saya sujud di hadapan komputer riba ini, baiklah saya berhenti dahulu!  Dah semakin tinggi awang-awangan saya.. hehehe...
 
 
nota:  akan sentiasa ada rezeki untuk itu...  
 
 
 
 

Sunday, May 19, 2013

::Selsema Lagi?::

Pagi tadi sebelum keluar elok sahaja, tapi entah macamana tiba-tiba diserang virus selsema kembali.  Mungkin terdedah pada cuaca panas melampau dan juga habuk.  
 
Di mana sajalah ya saya angkut virus tersebut?  Sewaktu berada di Muzium Negara barangkali atau sewaktu bermain-main dengan Buah Hati di Taman Botanic aka Taman Tasik Perdana.  Mungkin jua di Giant, entahlah!
 
Macam teruk nampak gayanya.  Bersin dah tak terkira, air hingus mula meleleh.  Tak sukanya nak mulakan minggu baru dalam keadaan tak sihat.  
 
Dahlah ketandusan ubat.  Nak keluar semata mahu mencari ubat rasa tak berdaya pula.  Kaedah terbaik adalah dengan melelapkan mata dalam kadar segera.
 
Hampir habis sekotak tisu saya kerjakan dalam tempoh kurang dua jam.  Serius benar saya rasa.  Jika ada yang sudi, tolonglah doa supaya saya sembuh segera.  Tak larat nak tanggung lama-lama.
 
Lepas top-up kolagen dalam badan sekejap lagi, confirm terus tidur.  Pasang niat untuk berpuasa sunat Rejab esok hari, kalau sihat dan ada rezeki boleh teruskan hasrat.  Tapi jika keadaan tak mengizinkan, cuba nasib di lain hari.
 
Saya doakan permulaan minggu rakan-rakan semua baik belaka ya!
 
    Macam nilah keadaan saya buat masa ini.  Sumber imej:  Google Image
 
 
 
nota:  cepatlah sembuh hendaknya!
 

::Selamat BerAhad::

Selamat berhujung minggu!  Saya masih lagi merancang arah tuju, dah terlanjur Buah Hati ada di rumah ingat nak bawa dia keluar berlibur.  Tapi keadaan kaki dia tu merisaukan juga.
 
Dari semalam merungut kaki lenguh-lenguh dan sakit.  Ini mesti punca jatuh tangga hari Jumaat lalu.  Kasihan pula kalau bawa berjalan meski hati dia meronta-ronta nak ke sana ke mari.
 
Semalam merupakan hari makan sedunia.  Bersarapan berat, bihun kari dan kemudian makan tengahari hidangan nasi beserta lauk-pauk di rumah keluarga Abang.
 
Tak cukup dengan itu, petang ada pula bubur jagung.  Separuh hari tersandar kekenyangan.  Malam pula ke rumah Sitie Cutie di Ampang, sambung makan lagi.  Dahsyatkan!
 
Apa pun itu semua rezeki Allah SWT, Alhamdulillah atas kurniaanNya.  Bukan semua orang dapat merasai kemewahan makanan seperti kitakan?
 
Hari ni masih lagi berkira-kira.  Kalau boleh tak mahu menjamah makanan berat tapi boleh ke perut Abang bertahan.  Eh, tak telefon pun dia lagi.  Confirm masih membuta!
 
Hajat di hati mahu bawa Buah Hati ke Muzium Negara, cuma bila memikirkan keadaan kaki dia tu, tergalang-galang pula rasanya.
 
Tengoklah nanti, ke mana arah bakal dituju.  Kalau tiada ke mana-mana dan Abang pula mahu berehat, kita jalan-jalan kawasan berhampiran sahajalah.  
 
Apa rakan-rakan semua buat hujung minggu kali ini?  
 
 Lauk semalam yang dimasak adik ipar Abang.  Siakap Masam & Manis, Sotong Goreng Kunyit, Siakap Stim, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar.  Hebatkan lauknya!



nota:  menikmati kurniaan seadanya...
 
 
 
 

Saturday, May 18, 2013

::Senyumlah Sikit::

Kepada sesiapa yang berkhidmat di kaunter, silalah dengan ikhlas ataupun terpaksa berikan senyuman kepada para pelanggan.  

Kuntuman senyuman yang lahir dari bibir anda sebenarnya banyak membantu dan mengendurkan suasana tegang terutama buat pelanggan yang bingung berdepan masalah.  

Sekiranya pada hari itu enggan mengukir senyuman, mintalah jasa baik ketua ataupun rakan sekerja bertukar tempat buat seketika sehingga anda mampu kembali tersenyum.  

Adalah lebih baik anda tidak berdepan dengan gelagat manusia dari mengeruhkan keadaan lantas kelak mengundang rasa kurang senang pada orang yang datang berurusan.

Banyak kali rasanya saya berdepan dengan situasi begini.  Mula-mula cuak juga nak berurusan tapi bila lama-lama lihat perangai yang ditunjuk menjengkelkan pula rasanya.

Kita sedia maklumkan, apabila kita melangkah masuk ke mana sahaja, orang yang terawal kita jumpa sudah pastilah yang berada di kaunter pertanyaan.  

Tak kisahlah di mana sekalipun dari bank ke pejabat pos, agensi Kerajaan juga organisasi swasta, semuanya bermula di kaunter.

Boleh dikatakan pekerja kaunter menggalas tugas penting dalam organisasi.  Jadi kunci utama dalam melaksanakan tugas adalah SENYUMAN.

Tidak boleh tidak.  Bayangkan warga tua hilang arah lantas datang bertanya, dengan lemparan senyuman hilang kegusaran di hati.  Yang muda pula akan penuh keyakinan untuk meneruskan urusan.

Bukankah senyum itu satu sedekah?  Tanpa perlu mengeluarkan duit sudah dapat pahala secara percuma.  Saya tahu, penat melayan kerenah orang berurusan di kaunter.

Kadang-kadang kena beri penerangan lebih dari 10 kali pun masih tak faham lagi.  Waktu itu tahap kesabaran pula dituntut.  Biasalah, ragam manusia!

Tapi itulah, sudah menjadi tanggungjawab.   Anda mendapat rezeki dengan cara begitu kenalah ikhlas.  

Takkan selepas ini kena ada pesanan khidmat masyarakat melalui TV/Radio mohon anda menguntumkan senyuman. 

Saya bukanlah cerewet sangat tapi most of the time memang kecewa dengan mereka-mereka yang seharusnya melemparkan senyuman tapi sebaliknya hadiahkan kita dengan muka masam mencuka.

Saya pasti ramai berhadapan situasi sebegini.  Ada yang berani terus menyuarakan rasa hati, tapi kebanyakkannya seperti saya, hanya melihat sahaja dan membuku di hati.  

Nampak gaya selepas ini pihak atasan kenalah beri kursus dan ajar mereka yang tak pandai senyum ini mengorak bibir untuk memberi senyuman.  

Harap sangat perkara remeh seperti dapat diatasi dan dalam masa yang sama tak salah juga untuk kita memulakan senyuman.  Tak perlu tunggu orang di kaunter mulakan dahulu.  

Apa salahnya senyumkan?  Tak rugi apa pun...



    
nota:  senyum seindah suria...

::Tabahnya Hati::

Umum dah mengetahui kes tangkap khalwat seorang aktor hari ini.  Tak perlulah saya kupas isu penangkapan tersebut, cari sahaja dalam internet bersepah berita tersebut.
 
Semua pun tertanya-tanya dengan siapa dia dicekup memandangkan status dirinya sebelah kaki dah diikat.  
 
Mengejutkan bila tunangnya tampil dan membuat pengakuan bakal suaminya itu ditangkap bersama gadis lain, bukannya dengan dia.
 
Alamak, macamana tu?  Tapi tabik betul pada tunang aktor ni.  Dia tenang dan tidak cepat melatah malah enggan menerima berita tersebut bulat-bulat.  
 
Dia turut beri peluang pada si aktor untuk beri penjelasan.  Kiranya dia mahu tahu dari mulut tunangnya sendiri.  Kuat betul semangat diakan?
 
Terus-terang kalau sayalah di tempat dia, macam-macam dah bermain di kepala.  80% dari apa dikhabarkan saya dah percaya.  Baki 20% tu mungkin sekadar nak sedapkan hati.
 
Mungkin juga saya sudah menerjah si lelaki tersebut menuntut penjelasan sewajarnya, sama seperti apa dilakukan Abby Abadi pada Norman Hakim satu ketika dahulu.
 
Selagi tak dapat jawapan, saya tak akan mampu duduk tenang sambil menanti satu kepastian.  Apatah lagi waktu itu telefon pasti berdering-dering masuk bertanyakah hal tersebut.
 
Berbeza dengan perempuan tersebut,  dia bersabar dan tidak mahu menganggu tunangnya yang sedang berlakon.  Aktor tersebut hanya akan bersemuka dengan tunangnya sebaik sahaja habis shooting.
 
Sudahlah aktor tersebut menafikan berita penangkapan pada tunangnya sewaktu khabar angin bertiup kencang dan hanya mengiakan bila pihak JAIS mengeluarkan kenyataan rasmi.
 
Bukan calang-calang orang boleh tangani situasi sebegini.  Agaknya kalau saya, sudah bengkak-bengkak mata menangis.  Beribu maki hamun terhambur dari mulut!
 
Kita tengoklah sahaja nanti apa berlaku selepas ini.  Jika aktor tersebut tidak bersalah dan dia difitnah seperti apa dinyatakan, harap ikatan pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
 
Allah bersama-sama orang yang sabar dan saya yakin wanita tersebut pasti Allah pelihara kerana ketulusan hatinya.
 
Macam-macam halkan?  Ada beberapa rakan saya mempertikaikan kenapa pihak JAIS mengeluarkan Press Release siap dengan nama sekali berita penangkapan ini?  Adakah kerana dia seorang artis?
 
Sekiranya penangkapan tersebut melibatkan VVIP atau Pak Menteri, adakah pihak JAIS akan buat perkara yang sama?  
 
Saya pun tiada jawapan tapi ada bagusnya perkara sebegini didedahkan.  Ia merupakan amaran buat orang ramai untuk tidak melakukan benda yang sama.
 
Ada juga kes seolah kena perangkap, ala-ala cerita Adam & Hawa..hehehe..kalau kena begitu kesian, yalah siapa nak perkara sebegini berlaku!
 
Berbalik pada kisah penangkapan tersebut, biar pihak berkuasa jalankan siasatan dan jatuhkan hukuman sewajarnya jika didapati bersalah.
 
Apa pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan tersebut ;)
 
 
 
 
nota:  bersangka baik...     
 
  
 

Friday, May 17, 2013

::Bukan Semua Boleh Kongsi::

Baru-baru ni ada seorang Hamba Allah bertanya kenapa saya tak terima Si Polan-Si Polan sebagai kawan di Face Book (FB) walhal ada pertalian saudara.
 
Hmm...saya tak balas pun pertanyaan kerana bagi saya accept as a friend tu hak individu.  Tak perlu tahu adakah perhubungan renggang kerana itu tak mahu berkawan.
 
Tak semestinya tak berkawan di laman sosial kita punya masalah.  Tak siapa tahukan, tanpa FB pun hubungan tetap akrab!
 
Bagi saya akaun FB bersifat peribadi.  Kadangkala kita gembira, ada masa penuh duka.  Bila terlalu ramai menjadi kawan banyak persepsi dan saya sendiri kurang gemar meninggalkan tanda tanya pada orang lain.
 
Dari persepsi tak mustahil bertukar menjadi buah mulut.  Dari situ manalah tahu boleh jadi cerita kurang enak pula nanti.
 
Bukan setakat itu sahaja, gambar-gambar dimuat naik punya 1001 cerita dan andaian.  Yalah, saya ni bukan baik mana pun orangnya.  Ada-ada masa gambar kurang molek termuncul.
 
Ditambah pula dengan status single but not available.  Boleh riuh sekampung jadinya bila terlihat foto-foto terlampau..hahaha! 
 
Jadi untuk mengurangkan cerita-cerita kurang enak di belakang sana adalah lebih baik saya mengambil pendekatan sedemikian.  Biarlah kita keep in touch cara lama daripada terlalu terdedah melalui FB.
 
Jangan tak tahu, saya sendiri tidak berkawan dengan GP di FB.  GP punya ramai taulan, nanti secara tiba-tiba boleh pula akses masuk ke ruang saya.  Entahlah, memang saya rasa insecured betul!
 
Tak dinafikan kita boleh sekat orang lain dari melihat profail tapi orang boleh cuba pelbagai cara untuk ambil tahu secara berlebihan.  Tak pasal-pasal kena godam.
 
Terpulanglah jika ada mengatakan saya perasan bagus ke, perasan popular ke, dan macam-macam lagi perasan tapi saya tetap dengan pendirian.  
 
Setakat hari ini saya hanya ada kurang 250 orang kawan di FB dan sedang berkira mahu remove lagi terutamanya yang tiada sebarang interaksi.  Orang sebegini pun mencurigakan juga.
 
Di FB saya hanya berkawan dengan ahli keluarga terdekat (kecuali GP) yang betul-betul kenal siapa diri saya.  Maksudnya saya tak perlu jadi orang lain di mata mereka dan mereka terima saya seadanya.
 
Selain ahli keluarga, adalah rakan-rakan yang rapat.  Dengan mereka saya jadikan FB sebagai penghubung persahabatan dan saya juga ingin tahu keadaan mereka dari masa ke semasa.
 
Ada juga rakan-rakan sekolah / senior/ junior yang taklah rapat sangat waktu dulu tapi bila dah dewasa masing-masing enjoy konsep kembali terjalin.  Seronok bila mereka kenal saya dan saya recognize mereka.
 
Ahli keluarga terdekat Abang serta kawan-kawan dia pun ada.  Tak kisahlah, bukan ada perkara yang saya nak sorok dari mereka.  Senang lagi adalah, terutamanya bila saya cepat dapat tahu berita atau cerita segera sampaikan pada dia.
 
He..he..he..Abang bukan rajin sangat berFB.  Akaun FB dia guna untuk main Poker, selebihnya dia buat bodoh.  
 
Orang luar setakat ini belum ada.  Orang luar means tak pernah kenal tapi tiba-tiba nak berkenalan.  Itu memang saya elakkan, tak apalah.  FB bukan tempat saya mencari teman baru.
 
Tapi saya ada satu lagi akaun, yang itu memang saya gunakan semata-mata untuk business online.  Bukanlah saya sombong sangat, di situ saya bertegur sapa juga dengan rakan-rakan.
 
Komen juga status atau gambar yang dimuatnaik cumanya sudah tentulah saya lebih dengan transaksi jualan.
 
Maaflah sekiranya ada yang terasa hati bila saya menolak berkawan di FB.  Apalah sangat dengan FB.  Di mana-mana pun boleh berkawan asal jujur dan tidak punya niat terselindung.
 
Melalui blog ni pun saya sudah ada la beberapa rakan maya.  Rajin juga saya singgah ke blog mereka.  Seronok baca kisah hidup orang.  Yalah lain orang lain ceritanya, betul tak?
 
Seperti di FB, di blog ini pun tak semua benda saya sedia berkongsi, kerana itu entri kadang-kadang agak suam-suam kuku.  Entahlah, bukan semua benda boleh dikongsi.  
 
Sebelum saya masukkan di sini, akan saya timbang baik buruk sedalam-dalamnya.  Takut dengan kesan negetif di kemudian hari.  
 
Saya tahu tak semua orang sependapat dengan saya.  Mungkin entri ini sendiri akan menimbulkan rasa kurang senang.  Nak buat macamana, bukan mudah mahu puaskan hati semua orang.
 
Yang paling penting hati kita dan orang kita sayang terjaga dan terpelihara.  Itu sudah memadai.  Terlajak kata punya kesan mendalam, sebaik mungkin saya enggan menyinggung sesiapa pun.
 
Kerana itu saya ambil langkah mudah dengan saya hormat orang.  Saya tidak minta mereka hormat tinggi melangit tapi cukuplah terima saya seadanya!
 
 
 
nota:  jom kita senyum!! 
 
 

Share it